5 Perisian Mudah Bina Aplikasi iPhone dan Android Sendiri

Pernah anda terfikir untuk membuat aplikasi iPhone dan Android sendiri?

Tahukah anda pada tahun 2010, 15  juta pengguna Malaysia mengunakan telefon pintar?

Tahun 2013 pengguna telefon pintar menjadi lebih ramai berbanding pengguna komputer peribadi?

dan pada 2015,  bilangan telefon pintar adalah sama dengan bilangan penduduk dunia?

 

Semestinya info di atas menyokong penggunaan aplikasi telefon pintar telah menjadi satu fenomena terkini. Akan datang semua aktiviti harian anda  boleh dilakukan dengan hanya beberapa sentuhan di paparan skrin telefon pintar seperti pembayaran bil, pendaftaran ke universiti, mencari peluang pekerjaan dan pengalaman bersosial yang lebih interaktif. Semestinya hidup anda akan menjadi lebih menyeronokkan bukan?  Jom kita godek 5 perisian yang mudah digunakan untuk bina aplikasi sendiri.

 

1.Phonegap

Website: Phonegap.com

Phonegap adalah perisian yang terbaik dalam membangunkan applikasi telefon pintar. Perisian ini pernah memenangi anugerah berprestij di  WEB 2.0 Expo di Francisco, Amerika Syarikat. Penggunaan yang mesra pengguna terutamanya kepada golongan pembangun laman web kerana ianya berbasis HTML, CSS dan Javascript.

 

 

Phonegap boleh digunakan untuk membangunkan applikasi pelbagai platform seperti Android , iPhone,iPad,Blackberry, Symbian serta Palm. ModulOnline.com menyaran pengguna memilih Phonegap untuk berjinak dalam dunia pembangunan applikasi telefon pintar.

2.RhoMobile

Website: Rhomobile.com

Perisian seterusnya adalah RhoMobile. Perisian ini menggunakan bahasa pengaturcaraan Ruby melalui framework Rhodes. RhoMobile memboleh pengguna membina applikasi yang hebat untuk pelbagai jenis OS dan aplikasi telefon pintar seperti Blackberry, Android,  Windows Mobile serta  iPhone.

RhoMobile juga menawarkan perkhidmatan RhoHub, iaitu hosted environment dan RhoSync iaitu server yang boleh meyimpan data terkini supaya  aplikasi anda sentiasa dikemaskini. Ini memudahkan lagi pembangun aplikasi untuk membangunkan applikasi yang unggul dan mesra pengguna.

3.MOsync

Website: Mosync.com

Huruf  ’MO’ pada awalan MOsync semestinya bukan ModulOnline. MOsync adalah satu platfom hebat yang terdiri daripada kit SDK yang berbasis pengaturcaraan web yang biasa digunakan pembangun laman web. kit SDK yang ditawarkan mengandungi library, compiler dan tool yang amat berguna. Setakat ini, MOSync boleh digunakan untuk membangunkan aplikasi telefon pintar untuk Symbian, Windows Mobile, Android dan Mobile Linux Distro. Bagaimana dengan platform iPhone pula? Sudah pasti MOsync tidak mahu ketinggalan dalam dunia pembangunan telefon pintar, akan datang MOsync bakal melancarkan perisian versi 2.4 untuk platform iPhone dan Blackberry. Diharapkan MOsync akan menawarkan platform yang lebih mesra pengguna.

 

4.Widgetpad

Website: Widgetpad.com

Widgetpad adalah perisian sumber terbuka untuk pembangunan aplikasi telefon pintar. Perisian Widgetpad menggunakan HTML5, Javascript dan CSS3. Ketika ini Widgetpad masih lagi versi beta yang boleh digunakan dalam platform iOS, Android OS dan WebOS. Memandangkan perisian Widgetpad masih versi beta, kita tunggu dan lihat adakah ia akan sehebat Phonegap.

 

5.Whoop

Website: Whoop.com

Whoop adalah perisian sumber terbuka yang menawarkan khas kepada pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan dalam dunia pengaturcaraan.Whoop semestinya platform yang bakal menjadi kegemaran ramai kerana sesiapa saja boleh terus membangunkan aplikasi telefon pintar sendiri. Tetapi ‘tools’ yang terhad membuatkan perisian ini tidak sehebat 4 perisian diatas. Walau bagaimanapun Whoop adalah perisian yang boleh anda cuba atau godek sendiri.

sumber flikr ,Mstar dan blogdetik

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Page 1 of 11